Sunday, May 29, 2011

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PALONG 18




Kali ini di majlis jamuan hari raya palong 18 tepat jam 800 mlm pak lurah bersama isteri sampai dan di sambut dengan penuh mesra sekali.. majlis di mulakan dengan bacaan doa dan ucapan ketua penduduk En Jumat antara lain beliau berharap agar wakil rakyat dan ahli parlimen dapat turun melihat kampung nya dan mengambil tahu masalah penduduk beliau kesal hingga kini hasrat penduduk untuk menubuh cawangan Umno tidak dilayan....dan merasa tepinggir sebagai contoh pada bulan ramadhan yang lepas masyarakat Felda 9 10 11 anak yatim ibu tunggal orang kurang upaya dan orang tua semuanya di ambil perhatian..sedangkan palong 18 mendengar dan melihat saja ...beliau berharap pak lurah tolong sampai kan hasrat nya demi kesejahteraan warga penduduk palong 18 akan datang ..

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pak lurah antara lain berterima kasih kerana sudi menjemput pak lurah dalam majlis yang penuh bermakna ini...pak lurah juga mengajak penduduk di kawasan ini jangan rendah diri dan kecil hati apa yang penting anda semuanya terus bangun ....membina jati diri melalui CHINTA KASIH SAYANG berkonsepkan MAMBANG.........
seperti mana kata pujangga tiga telungku sepenjerangan tiga tali seperlilitan..bukan saja kuat,bahkan mantop'...pak lurah juga respons apa juga yang di bangkit kan oleh penduduk dan akan segera menyampai kan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjut nya.
dan akhir nya pak lurah berpesan ingat lah pesan pak kei ojo kembar loro mati siji, makna nya orang alim mengingat kita jangan dua bersaudara mati satu,bergaduh kerana perempuan bergaduh kerana harta bergaduh kerana jawatan dan bergaduh kerana fahaman politik.
Akhirnya pak lurah mengucapkan terima kasih daun keladi ada majlis undang lagi salam pak lurah.....

Sejarah


Sejarah Palong Sebelas



Tanah Rancangan Felda Palong 11 terletak kira-kira 45 kilometer dari Bandar Gemas dan lebih kurang 50 kilometer dari Bahau. Mula diduduki oleh penduduknya pada tahun 1978 dengan kemasukan peneroka-peneroka daripada pelbagai negeri di seluruh Malaysia iaitu seramai 178 orang. Antaranya dari negeri Johor seramai 27 orang, Kedah 2 orang, Melaka 83 orang, Negeri Sembilan 59 orang, Perak 4 orang, dan Selangor 3 orang. Peneroka di sini 96.8% adalah daripada kalangan orang Melayu, Cina seramai 0.7% dan India pula seramai 2.5%. Bersebelahan Palong 11 ialah Palong 9, Palong 10 dan Palong 18. Jumlah keseluruhan penduduk di Palong 9, 10, 11 dan 18 ialah seramai 3,785 orang termasuk ahli seisi rumah. Rancangan Palong 11 ini dikendalikan oleh Pengurus Felda Negeri Sembilan yang diterajui oleh Tuan Pengurus Rancangan iaitu Encik Mazlan Bin Abdullah dan mempunyai seorang wakil rakyat iaitu YB Dato’ Aziz Bin Shamsudin (ADUN Kawasan Palong).

Penduduk di sini menyara hidup sebagai peneroka dan menoreh getah untuk mendapatkan pendapatan, di mana setiap peneroka diberi 10 ekar kebun getah untuk diusahakan oleh mereka. Selain itu, ada dalam kalangan peneroka yang menambah pendapatan sampingan dengan mengusahakan perniagaan seperti kedai perabot, andaman, bengkel motorsikal dan kereta, ternakan lembu dan kambing juga tanaman kontan.

Maklumat Am


PJK Palong 11, Rompin




Negeri Sembilan merupakan salah satu daripada 13 negeri di Malaysia yang mempunyai 7 daerah iaitu Seremban, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu dan Port Dickson. Ironinya, Pusat Jalur Lebar Komuniti Palong 11, Rompin, Negeri Sembilan telah beroperasi sepenuhnya pada bulan March 2009. Palong Sebelas terletak di bawah kawasan Daerah Jempol iaitu daerah yang terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 138,569.25 hektar dan mempunyai penduduk seramai 122,814 orang. Palong Sebelas juga adalah sebuah kawasan yang terletak dibahagian timur Negeri Sembilan dan bersempadan dengan Daerah Jelebu dan Kuala Pilah di sebelah timur. Mukim-mukim yang berhampiran dengan Palong Sebelas ialah Mukim Rompin, Mukim Serting Ulu, Mukim Serting Hilir, Mukim Jelai dan Mukim Kuala Jempol. Pusat ini berperanan sebagai Pusat Pengembangan Ilmu ICT berteraskan penggunaan komputer dan internet. Program yang dianjurkan ini terbuka kepada semua golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas secara percuma.

PENGENALAN PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI FELDA PALONG 11 (ROMPIN)


Pusat Jalur Lebar Komuniti




Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Maklumat Setempat

SELAMAT DATANG KE PORTAL PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anda kerana sudi mengunjungi portal rasmi Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Palong 11.Portal ini dibina untuk memperkenalkan Pusat Jalur Lebar Komuniti amnya dan memperkenalkan Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Palong 11 khususnya.


Maklumat PJK








PENGENALAN PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI FELDA PALONG 11 (ROMPIN)

Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Gaya Hidup Digital







Pada tahun 2010,Kerajaan telah pun berjaya mencapai tahap penembusan jalur lebar isi rumah iaitu 54.9% dan melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 50%. Kerajaan telah menetapkan sasaran baru iaitu sebanyak 75% pada 2015. Usaha-usaha kerajaan menyediakan perkhidmatan secara online adalah sumbangan kita untuk mempertingkatkan kandungan Sektor Awam bagi menyokong Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan.

Kerajaan Malaysia telah melancarkan Strategi perlaksanaan Jalur Lebar Negara atau lebih dikenali sebagai Inisiatif Jalur Lebar Negara yang meletakkan strategi negara untuk membawa dan memperkenalkan jalur lebar ke seluruh Malaysia. Antara intipati strategi ini ialah menyediakan Pusat Internet Rakyat (Rakyat Internet Centres) and pusat Jalur Lebar Komuniti (Mini Community Broadband Centres), pengedaran 2.1 juta netbook percuma kepada pelajar miskin seluruh negara, memasang E-kiosks dan meluaskan liputan selular. Ini bertujuan untuk mengurangkan jurang digital antara desa dan bandar.

Pelaksanaan pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC) ke rumah yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 isi rumah di 246 lokasi membabitkan peruntukan RM60 juta; Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberikan liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna; e-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,105 mukim di seluruh negara membabitkan peruntukan RM40 juta dan Liputan selular awam di 873 menara baru telekomunikasi yang akan dibina di seluruh negara termasuk 278 di Sabah dan 257 di Sarawak

Kerajaan sedang menggalakkan inisiatif untuk menawarkan jalur lebar kepada seluruh negara kerana faedah ekonomi dan sosialnya amat meluas. Pencapaian kadar penembusan isi rumah sebanyak 50% sebelum akhir tahun akan menyumbangkan sebanyak 1% kepada KDNK dan mewujudkan 135, 000 pekerjaan baru, manakala pada 2012, ia akan menyumbangkan 1.39% kepada KDNK dan mewujudkan 220, 000 pekerjaan baru. Dengan slogan “Jalur Lebar untuk Semua”, inisiatif Jalur Lebar Negara ini akan memastikan bahawa semua rakyat Malaysia, samada di kawasan pinggir bandar, pedalaman atau terpencil, mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar. NBI diperkenalkan bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi masyarakat berpengetahuan dan untuk mengorak langkah menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merancang memperkenakan inisiatif Gaya Hidup Digital yang mengandungi enam ekosistem gaya hidup digital - pengangkutan, pertanian, hiburan, pembelajaran, daerah dan kerja.Inisiatif itu bertujuan menawarkan kehidupan yang lebih baik dan bersambung untuk tujuan perniagaan dan sosial.Inisiatif itu akan menyediakan gaya hidup yang dipertingkat.Sebagai contoh, orang ramai boleh menggunakan teknologi seperti telefon bimbit dan sistem GPRS (Perkhidmatan Radio Paket Umum) untuk menjirus tanaman atau memeriksa sama ada sesuatu makanan itu halal atau tidak. Inisiatif seperti itu yang dikenali sebagai "Internet of Things" sudah dilaksanakan di negara lain, termasuk Singapura. Gaya hidup digital adalah serupa dengan "Internet of Things" iaitu rangkaian pengesan tanpa wayar yang dikonfigurasikan sendiri yang menyambungkan pelbagai benda. Antara contoh-contoh projek yang telah mula dilaksanakan di bawah inisiatif DLM adalah seperti Transport & Logistics, Ehalal Trace, Birdnest Traceability, digital district dan ULibrary dan aplikasi yang bakal digunakan haruslah IPv6 enable selaras dengan sasaran kerajaan supaya agensi Kerajaan tersedia IPv6 pada penghujung tahun 2011

Misalnya Ulibrary - “Ubiquitous” didefinasikan sebagai ketersediaan perkhidmatan perpustakaan kepada rakyat dalam situasi yang berterusan di ‘hujung jari’ pengguna. Perpustakaan “U biquitous” ini telah dilaksanakan di beberapa Negara seperti Jepun, Denmark, Korea dan sebagainya. Projek Perintis U-Library (Ubiquitous Library) mempunyai objektif untuk menjadikan maklumat dapat diakses menerusi perluasan perkhidmatan jalur lebar dan teknologi RFID dengan kerjasama sistem rangkaian perpustakaan bagi merapatkan hubungan komuniti, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan mempereratkan rangkaian sosial masyarakat bermaklumat dalam konteks 1Malaysia.