Sunday, May 29, 2011

Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Gaya Hidup Digital







Pada tahun 2010,Kerajaan telah pun berjaya mencapai tahap penembusan jalur lebar isi rumah iaitu 54.9% dan melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 50%. Kerajaan telah menetapkan sasaran baru iaitu sebanyak 75% pada 2015. Usaha-usaha kerajaan menyediakan perkhidmatan secara online adalah sumbangan kita untuk mempertingkatkan kandungan Sektor Awam bagi menyokong Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan.

Kerajaan Malaysia telah melancarkan Strategi perlaksanaan Jalur Lebar Negara atau lebih dikenali sebagai Inisiatif Jalur Lebar Negara yang meletakkan strategi negara untuk membawa dan memperkenalkan jalur lebar ke seluruh Malaysia. Antara intipati strategi ini ialah menyediakan Pusat Internet Rakyat (Rakyat Internet Centres) and pusat Jalur Lebar Komuniti (Mini Community Broadband Centres), pengedaran 2.1 juta netbook percuma kepada pelajar miskin seluruh negara, memasang E-kiosks dan meluaskan liputan selular. Ini bertujuan untuk mengurangkan jurang digital antara desa dan bandar.

Pelaksanaan pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC) ke rumah yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 isi rumah di 246 lokasi membabitkan peruntukan RM60 juta; Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberikan liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna; e-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,105 mukim di seluruh negara membabitkan peruntukan RM40 juta dan Liputan selular awam di 873 menara baru telekomunikasi yang akan dibina di seluruh negara termasuk 278 di Sabah dan 257 di Sarawak

Kerajaan sedang menggalakkan inisiatif untuk menawarkan jalur lebar kepada seluruh negara kerana faedah ekonomi dan sosialnya amat meluas. Pencapaian kadar penembusan isi rumah sebanyak 50% sebelum akhir tahun akan menyumbangkan sebanyak 1% kepada KDNK dan mewujudkan 135, 000 pekerjaan baru, manakala pada 2012, ia akan menyumbangkan 1.39% kepada KDNK dan mewujudkan 220, 000 pekerjaan baru. Dengan slogan “Jalur Lebar untuk Semua”, inisiatif Jalur Lebar Negara ini akan memastikan bahawa semua rakyat Malaysia, samada di kawasan pinggir bandar, pedalaman atau terpencil, mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar. NBI diperkenalkan bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi masyarakat berpengetahuan dan untuk mengorak langkah menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merancang memperkenakan inisiatif Gaya Hidup Digital yang mengandungi enam ekosistem gaya hidup digital - pengangkutan, pertanian, hiburan, pembelajaran, daerah dan kerja.Inisiatif itu bertujuan menawarkan kehidupan yang lebih baik dan bersambung untuk tujuan perniagaan dan sosial.Inisiatif itu akan menyediakan gaya hidup yang dipertingkat.Sebagai contoh, orang ramai boleh menggunakan teknologi seperti telefon bimbit dan sistem GPRS (Perkhidmatan Radio Paket Umum) untuk menjirus tanaman atau memeriksa sama ada sesuatu makanan itu halal atau tidak. Inisiatif seperti itu yang dikenali sebagai "Internet of Things" sudah dilaksanakan di negara lain, termasuk Singapura. Gaya hidup digital adalah serupa dengan "Internet of Things" iaitu rangkaian pengesan tanpa wayar yang dikonfigurasikan sendiri yang menyambungkan pelbagai benda. Antara contoh-contoh projek yang telah mula dilaksanakan di bawah inisiatif DLM adalah seperti Transport & Logistics, Ehalal Trace, Birdnest Traceability, digital district dan ULibrary dan aplikasi yang bakal digunakan haruslah IPv6 enable selaras dengan sasaran kerajaan supaya agensi Kerajaan tersedia IPv6 pada penghujung tahun 2011

Misalnya Ulibrary - “Ubiquitous” didefinasikan sebagai ketersediaan perkhidmatan perpustakaan kepada rakyat dalam situasi yang berterusan di ‘hujung jari’ pengguna. Perpustakaan “U biquitous” ini telah dilaksanakan di beberapa Negara seperti Jepun, Denmark, Korea dan sebagainya. Projek Perintis U-Library (Ubiquitous Library) mempunyai objektif untuk menjadikan maklumat dapat diakses menerusi perluasan perkhidmatan jalur lebar dan teknologi RFID dengan kerjasama sistem rangkaian perpustakaan bagi merapatkan hubungan komuniti, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan mempereratkan rangkaian sosial masyarakat bermaklumat dalam konteks 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment