Sejarah Palong Sebelas
Tanah Rancangan Felda Palong 11 terletak kira-kira 45 kilometer dari Bandar Gemas dan lebih kurang 50 kilometer dari Bahau. Mula diduduki oleh penduduknya pada tahun 1978 dengan kemasukan peneroka-peneroka daripada pelbagai negeri di seluruh Malaysia iaitu seramai 178 orang. Antaranya dari negeri Johor seramai 27 orang, Kedah 2 orang, Melaka 83 orang, Negeri Sembilan 59 orang, Perak 4 orang, dan Selangor 3 orang. Peneroka di sini 96.8% adalah daripada kalangan orang Melayu, Cina seramai 0.7% dan India pula seramai 2.5%. Bersebelahan Palong 11 ialah Palong 9, Palong 10 dan Palong 18. Jumlah keseluruhan penduduk di Palong 9, 10, 11 dan 18 ialah seramai 3,785 orang termasuk ahli seisi rumah. Rancangan Palong 11 ini dikendalikan oleh Pengurus Felda Negeri Sembilan yang diterajui oleh Tuan Pengurus Rancangan iaitu Encik Mazlan Bin Abdullah dan mempunyai seorang wakil rakyat iaitu YB Dato’ Aziz Bin Shamsudin (ADUN Kawasan Palong).
Penduduk di sini menyara hidup sebagai peneroka dan menoreh getah untuk mendapatkan pendapatan, di mana setiap peneroka diberi 10 ekar kebun getah untuk diusahakan oleh mereka. Selain itu, ada dalam kalangan peneroka yang menambah pendapatan sampingan dengan mengusahakan perniagaan seperti kedai perabot, andaman, bengkel motorsikal dan kereta, ternakan lembu dan kambing juga tanaman kontan.
No comments:
Post a Comment